suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak dapat bawa bayi pijak rumput, ibu guna beras untuk aktiviti ‘grounding’ sebagai alternatif... Rupanya jadi isu!

Tangkap layar video (kiri) menunjukkan aksi bayi wanita berkenaan ketika menjalani aktiviti sensory play.

AMALAN grounding atau memijak permukaan semula jadi seperti rumput dan pasir tanpa kasut merupakan antara aktiviti sangat penting dan bermanfaat untuk merangsang perkembangan deria dan kemahiran motor bayi.

Namun, atas alasan faktor keselamatan dan kebersihan persekitaran luar, pergerakan ibu bapa untuk membawa si kecil beriadah di atas rumput atau tanah kadangkala agak terhad.

Justeru bagi memastikan si kecil tidak terlepas peluang merangsang deria mereka, seorang wanita tampil dengan idea kreatif melakukan aktiviti permainan deria atau sensory play itu di dalam rumah menggunakan beras.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads dengan nama akaun ALEEYA NATASHA, dia berkongsi rakaman video menunjukkan sepasang kaki bayinya sedang memijak beras di dalam sebuah besen.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan salah faham atau tuduhan membazir makanan ruji, wanita berkenaan menjelaskan bahawa beras itu tidak dibuang, sebaliknya tetap dimasak untuk dimakan bersama keluarga.

"Nak keluar cuaca tak berapa baik, jadi beginilah grounding indoor.   

"Jangan risau, selepas aktiviti itu saya tetap masak sebab sudah siap sukat dua pot," tulisnya pada hantaran yang kemudiannya tular dan menarik pelbagai reaksi warganet di Threads.

Antara komen yang diterima ialah rata-ratanya menegur tentang adab terhadap rezeki di samping mempersoalkan tindakan memilih beras untuk aktiviti sebegitu.

Menjawab segala kecaman dengan tenang, wanita itu memberitahu dia terbuka menerima setiap pandangan yang diberikan.

"Saya terima semua teguran, terima kasih semua. Nasi itu pun sudah selamat dimakan dengan berlaukkan tomyam," ujarnya.

Di sebalik pelbagai komen negatif dilemparkan di ruangan komen, seorang pengguna tampil mempertahankan tindakan wanita berkenaan dan menyifatkan penggunaan bahan makanan untuk aktiviti sensory play sebagai perkara normal.

"Sudah agak ramai akan kecam. Kalau buat sensory play mesti terkejut orang kita ini.

"Hakikatnya jika kita pergi kelas sensory pun memang mereka guna makanan sebab selamat kalau budak termakan. Budak tu tengah belajar nak kenal tekstur," ujarnya pengguna berkenaan.

Untuk rekod, beras sering menjadi pilihan utama bagi aktiviti sensory play di dalam rumah kerana teksturnya yang halus, berbutir dan mampu menyerupai sensasi seakan-akan memijak pasir pantai.

Artikel Lain