SELEPAS menerima kritikan berhubung tahap staminanya ketika membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Zahid mengambil suntikan ubat diabetes sebagai salah satu ikhtiar untuk menurunkan berat badan.Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 45, berkata, usaha itu dimulakan sejak dua minggu lalu selepas dia menerima tawaran daripada sebuah klinik swasta. Menurutnya, dia turut mengawal pemakanan dan bersenam secara konsisten bagi meningkatkan kecergasan, terutama ketika membuat persembahan di atas pentas.Zahid juga berkongsikan dia mengamalkan gaya hidup sihat. "Saya memang jaga stamina dan cucuk Mounjaro. Saya baru bermula dua minggu lalu apabila ada satu klinik tawarkan."Jadi saya putuskan untuk buat, tetapi dalam masa sama doktor kata jangan harapkan benda ini sahaja, saya kena potong gula, jaga kuantiti pemakanan dan bersukan," katanya kepada mStar ketika ditemui selepas Program GVF di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. Tambah Zahid, rawatan berkenaan sudah mula membuahkan hasil apabila berat badannya turun sebanyak 2.5 kilogram (kg) manakala ukuran lilit badannya berkurangan dua inci dalam tempoh singkat.ARTIKEL BERKAITAN: Hampir tiga tahun menyanyi di kelab malam, Zahid sedar nama makin tenggelam gara-gara tiada single baharuARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka dah jadi pelawak, Zahid masih utamakan bidang nyanyian sebagai sumber pendapatan"Selepas dua minggu saya turun 2.5 kg dan doktor kata nombor yang baik untuk turunkan berat badan. Ukur lilit saya pun sudah turun dua inci."Saya tidak nampak tetapi doktor yang periksa. Doktor minggu ini pun cucuk 2.5 mg kemudian baru naik dos. Alhamdulillah tiada kesan, cuma selepas sehari cucuk saya mengantuk dan lemau seharian. Tetapi okeylah tiada muntah-muntah," ujarnya.Dalam pada itu, Zahid mengakui tidak pernah berkecil hati dengan teguran barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang yang menyifatkan persembahannya sebelum ini kelihatan mengah.Zahid mendapat tempat pertama pada minggu ketiga GVF. Sebaliknya, dia menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri."Sebelum saya masuk GV memang saya tidak jaga pun pemakanan dan stamina sebab saya sudah menyanyi di kelab 12 ke 15 lagu, saya rasa okey."Tetapi bila di GV, satu lagu dalam dua minit lebih rasa macam menyanyi lebih daripada 20 lagu penatnya. Tok Ram dan Bunda pun cakap stamina di pentas besar ini berlainan dengan menyanyi di persembahan lima ke enam lagu."Memang saya tidak terasa hati sebab itu adalah satu komen dan kritikan yang saya perlu tambah baik. Saya di atas pentas memang tidak nampak apa-apa, mereka yang boleh menilai saya," jelasnya.TONTON VIDEO PILIHAN!