PENYANYI Faizal Ramly menyambut baik teguran juri tetap Datuk Syafinaz Selamat yang menasihatinya supaya menjaga pemakanan dan mengurangkan pengambilan nasi kandar.Faizal atau Mohammad Faizal Ramly, 42, bagaimanapun mengakui selesa dengan keadaan tubuhnya yang agak berisi selain menyifatkan usaha menurunkan berat badan bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila usia semakin meningkat. Menurut Faizal, dia juga sukar mengawal selera makan, khususnya pada waktu malam walaupun sudah berusaha mengurangkan pengambilan makanan.Faizal terima segala teguran yang membina.“Memanglah satu pesanan yang baik untuk saya. Saya ini kalau waktu malam sahaja mesti lapar. Apakan daya, mungkin faktor usia juga.“Sebenarnya saya sudah kurangkan makan, tetapi apabila umur semakin meningkat, bukan mudah untuk menurunkan berat badan.“Bagaimanapun, saya terima sahaja keadaan diri yang gemuk macam ini. Saya tidak ada masalah dan bahagia sahaja menjalani kehidupan.ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun ‘ghaib‘... Faizal AF4 balik Terengganu, pernah sertai Askar WataniahARTIKEL BERKAITAN: Faizal AF4: Saya sengaja 'hilangkan' diri“Cuma, saya memang perlu turunkan berat badan supaya dapat menyanyi dengan lebih bertenaga dan mempunyai stamina yang baik,” katanya.Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia (GVF) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.Dalam pada itu, Faizal menganggap komen netizen yang menjadikan fizikalnya bahan gurauan sebagai perkara biasa dan memilih untuk melihatnya dari sudut positif. Janji apabila tiba masa makan, saya makan.FAIZALPENYANYIKatanya, dia tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata negatif sebaliknya mengambil setiap teguran yang boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri.“Tidak, perkara biasa. Mereka memang begitu, mungkin sekadar mahu bergurau. Saya ambil dari sudut positif sahaja. Siapalah kita untuk menilai orang lain lebih-lebih.“Saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu. Apa sahaja yang mereka mahu komen, silakan. Janji apabila tiba masa makan, saya makan. Apabila tiba masa menyanyi, saya menyanyi.“Perkara yang baik kita ambil, manakala komen negatif itu tidak perlu terlalu difikirkan. Cukuplah kita sentiasa bersikap positif,” ujarnya.Faizal sentiasa positifkan diri.Sementara itu, Faizal turut memaklumkan sudah memberikan penjelasan kepada anak-anaknya supaya tidak terlalu memikirkan komen orang ramai memandangkan dia merupakan individu yang dikenali.Jelasnya, anak-anaknya memahami keadaan tersebut dan tidak mempunyai masalah berhubung komen netizen mengenai penampilan fizikalnya.“Anak-anak saya okey sahaja. Saya sudah beritahu dan jelaskan kepada mereka. Sebagai seorang ayah dan individu yang dikenali, mereka perlu faham keadaan itu. Anak-anak saya tidak ada masalah,” kongsinya.Sebelum ini, Datuk Syafinaz bertindak menegur secara terbuka semasa memberikan komen mengenai persembahan Faizal di konsert minggu kedua GVF.