suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dugaan bertimpa-timpa, lelaki sayu hadap motosikal ‘cari makan’ rosak di lebuh raya lepas hilang kerja - “Penatnya Ya Allah”

Dua situasi yang dialami golongan rider bergelar ketua keluarga.

KEHILANGAN pekerjaan sudah cukup menguji kehidupan seorang ketua keluarga, apatah lagi apabila motosikal yang menjadi satu-satunya kenderaan untuk mencari rezeki turut rosak.

Itulah dugaan dikongsikan seorang lelaki apabila motosikal digunakan untuk menyara isteri dan anaknya mengalami kerosakan di lebuh raya.

Menerusi luahan di Threads, dia turut mengakui penat berdepan ujian bertimpa-timpa sehingga bimbang memikirkan nasib keluarganya sekiranya dia tidak dapat meneruskan usaha mencari pendapatan.

"Satu-satunya motosikal buat cari rezeki untuk anak isteri selepas hilang kerja, rosak atas lebuh raya. Penatnya Ya Allah, apalah nasib anak bini kalau aku tak dapat cari rezeki," luahnya sayu.

Rider akan menerima imbuhan daripada tugasan yang selesai. -Gambar hiasan

Segelintir rider menerima duit tip daripada pelanggannya. -Gambar hiasan

Lebih menambah rasa pilu, pengadu turut menyatakan dirinya terasa letih dan penat mengharungi kehidupan dengan dugaan yang pelbagai.

"Dengan dugaan, penat hidup, sumpah dah tak larat hidup," adunya seolah-olah tertekan dengan keadaan dilalui.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, rakaman memaparkan sebuah motosikal dengan beg penghantaran makanan di bahagian belakang, berada di tepi jalan sekali gus mengundang rasa simpati warga maya.

Luahan itu turut mendapat respons seorang pengguna yang berkongsi pengalaman berdepan kesempitan wang ketika perlu membeli susu anak.

  • Seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan diuji apabila satu-satunya motosikal untuk mencari rezeki rosak di lebuh raya.
  • Dia meluahkan keletihan menghadapi dugaan bertimpa-timpa dan bimbang memikirkan keperluan anak serta isteri.
  • Rakaman motosikal dengan beg penghantaran makanan di tepi jalan mengundang simpati warga maya.
  • Seorang pengguna turut berkongsi pengalaman wang RM19 berbaki RM3 selepas membeli rantai motosikal, ketika perlu membeli susu anak.
  • Pengguna tersebut bersyukur apabila pelanggan bagi lapan pesanan penghantaran memberikan bayaran lebih tanpa mengetahui kesusahannya.

Berkongsi cerita, ujar lelaki ini, isterinya memaklumkan bekalan susu mereka hanya mencukupi untuk tiga hingga empat botol sahaja, sedangkan dia ketika itu hanya mempunyai RM19.

Dalam keadaan mahu segera pulang, dia diuji pula apabila rantai motosikalnya putus.

"Semalam isteri beritahu susu anak boleh buat tiga ke empat botol lagi. Aku ada RM19 masa itu. Nak balik rumah, rantai motosikal pula putus.

"Aku pergi bengkel tanya harga, beli saja dapat RM16. Jadi duit aku ada RM3 lagi," ujarnya berkongsi pengalaman hampir sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masuk bilik saya, 106” - Iman rider diuji, ditawar ‘nikmat duniawi’ waktu kerja... Pelanggan nak bayar makanan dengan maruah pun ada!

ARTIKEL BERKAITAN: Rider lalui hari ‘malang’, serba serbi tak kena dalam sehari... Nak solat pun ada halangan, akhirnya dapat rasai hikmah ujian

Tambahnya, di dalam kesempitan, dia mencari wang syiling untuk mengisi minyak motosikal bagi meneruskan kerja penghantaran.

Namun tanpa disangka-sangka, pelanggan bagi lapan pesanan yang dihantar memberikan bayaran lebih sehingga membuatkannya berasa bersyukur.

"Dari pesanan pertama sampai kelapan, sumpah semua bagi duit lebih. Aku tak tahulah, mungkin Tuhan bagi rezeki. Hujan pun layan saja pesanan," ceritanya lagi.

Artikel Lain