suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis sambut bakal ibu bertukar tragedi, tiga maut ditembak termasuk bapa bayi

'Baby shower' ialah acara untuk meraikan bakal ibu dan bayi yang bakal lahir.

MAJLIS meraikan bakal ibu bertukar tragedi apabila tiga individu maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan dipercayai berpunca daripada pertikaian keluarga.

Antara yang terkorban ialah seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai bapa kepada bayi dalam kandungan.

Kejadian berlaku di Pandora’s Magical Events Venue di Parma, Ohio, Amerika Syarikat, pada petang Sabtu lalu.

Menurut polis, dua lagi mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Leasia England, 17, dan Jayson Townsend, 45, iaitu bapa kepada wanita yang diraikan dalam majlis tersebut.

Wanita hamil itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, manakala seorang wanita berusia 39 tahun terkena tembakan pada kaki.

Jurucakap polis, Scott Traxler berkata, maklumat awal menunjukkan lelaki berusia 19 tahun itu merupakan seorang daripada dua individu yang dipercayai melepaskan tembakan.

Menurut keterangan saksi kepada polis, lelaki berkenaan tidak dijemput menghadiri majlis tersebut meskipun dia merupakan bapa kepada bayi dalam kandungan.

Seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan bakal ibu itu ditahan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada lelaki yang ditahan memulakan serangan atau bertindak mempertahankan diri.

Tambahnya, dua senjata api ditemukan, sementara rakaman kamera pengawasan dan keterangan saksi diteliti bagi mengenal pasti punca konfrontasi.

Ujian balistik juga mungkin diperlukan untuk menentukan senjata yang melepaskan tembakan mengenai setiap mangsa. -Agensi

Artikel Lain