suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum sedia kembali berjodoh... Yusuf Bahrin mahu fokus kerjaya, tolak bercinta dengan peminat

PELAKON Yusuf Bahrin mengakui masih belum bersedia membuka pintu hati untuk menerima kehadiran insan baharu dalam hidupnya, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya buat masa ini.

Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal cinta kerana lebih selesa memberi perhatian untuk membina kehidupannya semula.

"Hidup kena terus positif mungkin setiap orang mempunyai ujian yang berbeza, tetapi bagaimana kita menghadapi ujian itu bergantung pada diri kita sendiri jangan pandang ke belakang, saya ada keluarga, kawan-kawan dan pengurus saya. 

"Ramai orang penting dalam hidup saya sentiasa ada bersama saya dan selagi itulah saya kuat sebab Allah sentiasa ada jadi belum fikir ke arah itu, saya sedang fokus pada kerja dan apa yang saya lakukan... Saya jenis  yang tidak boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa, perkara lain akan menyusul kemudian, insya-Allah.

"Tak ada yang cuba mendekati pun, peminat semua baik-baik saja sebab menghargai kita dan kita pun menghargai mereka. Bukanlah sebab saya terlalu memilih cuma, kalau peminat tu saya rasa biarlah mereka minat saja sebab lebih selesa begitu," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi